PUSAT KEGIATAN GURU PAPAR

Peti Surat 132, 89608, Papar, Sabah | 088-912995 | pkg_papar@moe.gov.my

Sejarah PKG

Dari segi sejarahnya, gerakan ke arah penubuhan PKG berlaku secara ansur-ansur, bermula dengan penubuhan Pusat Sumber Tempatan dalam tahun 1978 dan digantikan namanya dengan Pusat Media Daerah dalam tahun 1981. Selaras dengan konsep dan rasional penubuhan Pusat Sumber Pendidikan Negeridi empat negeri dalam tahun 1982 – 1984 dan Pusat Sumber Sekolah di seluruh negara dalam tahun 1983, Pusat Media Daerah telah ditukar namanya kepada Pusat Sumber Pendididkan Daerah (PSPD) dalam tahun 1986.

302 buah sekolah telah dipilih untuk menempatkan Pusat Sumber Tempatan/Pusat Media Daerah/Pusat Sumber Pendidikan daerah yang tersebut diatas. Ini telah dilakukan dengan pengertian bahawa setiap Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD) akan memberi khidmat kepada sejumlah sekolah di kawasan sekitarnya. Pada amnya sebuah PSPD berkhidmat untuk 15 hingga 20 buah sekolah di kawasannya.

Pusat-pusat ini diwujudkan bagi mengatasi serta memperbaiki ketidakseimbangan pencapaian pendidikan di antara bandar dan luar bandar. Tujuannya pada waktu itu hanya untuk memberi perkhidmatan pinjaman alatan serta menyediakan kemudahan membina bahan pengajaran dan pembelajaran berharga rendah.

Melalui kegiatan-kegiatan PSPD, pihak Kementerian Pendidikan berhasrat meluaskan penggunaan teknologi dalam pendidikan untuk mempertingkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini PSPD dianggap sebagai agen untuk membiasakan guru-guru khasnya guru-guru luar bandar dengan teknologi pendidikan.

Pada tahun-tahun  seterusnya, adalah disedari bahawa istilah PSPD menimbulkan kekeliruan disebabkan istilah ‘Daerah’ yang digunakan kepada nama PSPD sebenarnya tidak mencerminkan satu daerah pentadbiran kerana didalam sesuatu daerah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) lazimnya terdapat lebih daripada sebuah PSPD.

Dalam pada itu beberapa perkembangan yang telah dialami dalam bidang pendidikan hasil daripada meningkatnya keperluan profesional guru-guru, PSPD ditukar namanya kepada Pusat Kegiatan Guru serta diberikan peranan yang lebih luas.

Pertukaran naa ini adalah untuk memberi satu gambaran sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di pusat ini. Merujuk kepada surat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia bertarikh 14 Ogos 1990 yang ditujukan kepada semua Pengarah Pendidikan Negeri, “PKG adalah merupakan pusat logistik bagi hal-hal pengajaran dan pembelajaran. Ianya juga berfungsi sebagai satu pusat di mana perbincangan di kalangan guru-guru setempat di atas isu-isu dan masalah-masalah profesional dapat diadakan”.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: